Latihan



Latihan 1 ( Bahasa Kiasan )    
 
1. Isteri Encik Hassan cantik seperti _______ .
    A   kancil                                           C    mayat
     B   bidadari                                      D    kera

2. Kakak memakai sehelai baju yang merah seperti _______ ke majli hari                                       
    jadi kawannya .
    A   biji saga                                    C    madu
    B   halia                                           D    tepung 

3. Saya telah memanggilnya beberapa kali dengan suara yang kuat ,tetapi dia
    masih lagi pekak seperti _______ .
    A   lembu                                        C    lebah-lebah  
    B   kerbau                                       D    badak

4. Adiknya rajin seperti _______ sebaik sahaja dari sekolah ,dia manolong
    ibunya menjual air tebu di tepi jalan .
    A   kancil                                         C    semut
    B   rusa                                            D    kura-kura  

5. Selepas hujan lebat ,jalan raya menjadi sangat licin macam _______ .
    A   getah                                          C    lautan
    B   kapas                                          D    belut

6. Air barli ini belum ditambah gula,sebab itulah rasanya tawar macam_______ .
    A   cuka                                            C    tebu
    B   garam                                         D    air

7. Rambut adik Ramlan ikal macam _______ .
    A   sutera                                         C    mayang
    B   benang                                       D    galah   

8. Setelah disembur minyak wangi ,baju ini menjadi wangi seperti _______ .
    A   sembilu                                      C    cabai
    B   bunga                                         D    madu

9. Budak kecil itu tidak teranggat kotak berisi buku yang berat seperti _______ .
    A   batu                                            C    kapas
    B   kertas                                         D    ais
10.  Muka pesakit itu pucat macam ________ .
    A   nabi                                           C    syaitan
    B   mayat                                       D    ulama



Latihan 2  (Kata Seruan)

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
                   
1._________! Indahnya pemandangan di sini!
A  Oh
B  Aduh
C  Hei
D  Wah

2._________! Sakitnya tangan saya!
A  Aduh
B  Aduhai
C  Oh
D  Wah

3._________, petahnya pelajar itu berbahasa!
A  Amboi
B  Aduh
C  Cis
D  Nah

4._________, cantiknya jam tangan ini!
A  Oh
B  Wah
C  Hai
D  Aduhai

5._________, siapkan latihan ini sekarang juga!
A  Oh
B  Cis
C  Nah
D  Wah

6._________, begini caranya membuat kek talam.
A  Wah
B  Oh
C  Amboi
D  Ceh

7._________, engkau telah berjaya!
A  Nah
B  Syabas
C  Amboi
D  Wah

8._________, perempuan yang tidak tahu malu!
A  Oh
B  Wah
C  Cis
D  Hoi

9._________, siapa pula yang hendak tolongsaya kali ini?
A  Aduh
B  Nah
C  Eh
D  Aduhai

10._________, rupanya kamu berdua adik-beradik!
A  Nah
B  Cis
C  Eh
D  Syabas


Latihan  3  ( Kata Ganti Nama)

Isikan tempat kosong dalam ayat -ayat di bawah dengan perkataan yang paling sesuai .

1) Kempen Kebersihan ___________diadakan selama  seminggu ?
     A .  sini                              C . itu   
     Bbegini                          D . begitu

2) Kata -kata yang ___________boleh merenggangkan hubungan kita ?
      A . demikian                     C . sana
      B . situ                              D . sini

3) ChongBeng tinggal di _________ sejak ibunya meninggal dunia ?
     A . situ                              C . itu
     B . begitu                          D . begini

4) Saya sampai di bandar __________ pada pukul tiga petang ?
     A . begini                          C . sini
     B . sana                            D . ini

5) Ayah ke __________ kerana menjalankan tugas ?
     A . sana                            C . demikian
     B . begini                          D . ini

6)  Di ___________ kah letaknya Pulau Tioman ?
    A . bila                             C . siapa
     B . apa                             D . mana

7) Pelajar kelas itu tertanya -tanya __________ Cikgu Lau tidak datang?
    A . bagaimana                    C. mengapa
    B. bila                                D. berapa

8) __________kah harga rumah yang kamu beli itu?
    A. Berapa                             C. Mana
    B. Bila                                   D. Mengapa

9) Rashid tahu ___________ peperikasaan itu akan diadakan.
    A.bila                                     B. siapa
    C. apa                                    D. mana

10) __________kah yang Bee Ling nampak di dalam bilik itu?
    A. Mana                                 C. Berapa
    B. Bagaimana                          D.Apa
   

Latihan 4(Kata Kerja)

Isikan tempat kosong  dengan kata kerja yang sesuai.

beratur     menulis     memberi      mengecat     merobohkan      menangis     melahirkan      bekerja    menyapu    tidur

1. Azhari ____________ sebentuk cincin berlian kepada bakal tunangnya.

2. Keluarga Encik Hasrul sedang _______di dalam bilik ketika kebakaran itu berlaku.

3. Dia sedang ___________  sepucuk surat kedapa sahabat penanya yang berada di Brunei.

4. Pak Cik Khir ___________ siang dan malam untuk menyekolahkan anak-anaknya.

5. Si Manja telah _____________ lima ekor anak kucing yang sangat comel.

6. Kakak sedang _____________ daun-daun kering yang berguguran di halaman rumah.

7.Habshah ____________ teresak-esak apabila duitnya hilang.

8. Farouk sedang ____________ rumahnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

9. Murid-murid itu sedang ____________ di luar bilik darjah.

10. Pekerja-pekerja binaan itu telah ______________sebuah bangunan lama di tepi jalan itu.


Latihan 5  (Penjodoh Bilangan)

1. Ada se _________ itik sedang mencari makan di paya itu .
   A  gerombolan                     C   kawan
   B  pasukan                            D   kelompok

2. Se________ kasuk Tan telah dicuri oleh penagih dadah .
  A  butir                                 C   biji
  B  buah                                 D   pasang

3. Ayah membeli se________ pisau di pasar raya itu .
  A  bilah                                C   ketul
  B  pucuk                              D   laras

4. Ibu Mei Ling menyuruh anaknya menberikan se________ tikar kepada ayahnya yang duduk di    halaman rumah .
A  papan                              C   golong
B  gelung                              D   gulung

5. Yap membeli se________ anting-anting .
A  pasang                            C   butir
B  biji                                    D   ketul

6. Daripada se_______ benanglah , lama-lama menjadi se_______ kain .
A  urat , bidang                   C   lembar , helai
B  helai , gulung                  D   buku , keping

7. Emak Ali membeli se______ kain batik .
A  kodi                               C   keping
B  bungkus                       D   papan

8. Ayah Tai Kwang mempunyai beberapa _______ kereta .
A  biji                                 C   longgok
B  buah                             D   pasang

9. Beberapa _______ buah jambu telah dimakan olah tupai .
A  butir                               C   ketul
B  biji                                   D   gugus

10. Se______ pelajar nakal telah menconteng bilik darjah .
A  kumpulan                       C   gerombolan
B  pasukan                          D   pasangan  

Latihan 6(Kata Depan)

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1.Budak-budak itu bermain badminton_______halaman rumah Abu.
   A. dari
   B. di
   C. ke
   D. daripada


2.Rumah yang besar itu dibuat_______kayu.
   A. dari
   B. daripada
   C. kepada
   D. pada


3.Saya telah menunggunya sejak_______pukul 3.00 petang tadi hingga sekarang.   A. kepada
   B. pada
   C. dari
   D. di


4.Ah Chee mengirim kad ucapan itu_______kawannya yang berada di luar negeri.
   A. ke
   B. di
   C. untuk
   D. kepada


5.Semua rakyat harus bekerja bersungguh-sungguh_______kepentingan bangsa dan
    negara.
   A. daripada
   B. kepada
   C. demi
   D. dari


6.Emak menasihat adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh_______berjaya di    
   dalam  peperiksaan yang akan datang.
   A. dari
   B. kepada
   C. sehingga
   D. pada


7.Majlis hari jadi maniam berlangsung_______larut malam.
   A. serta
   B. pada
   C. demi
   D. hingga


8.Ahli politik itu memberikan ucapannya _______suara yang lantang.
   A. dengan
   B. serta
   C. untuk
   D. di


9.Pengembara itu menyeberangi sungai itu_______sampah.
   A. oleh
   B.  ke
   C. dengan
   D. di


10."tolong serahkan bungkusan ini_______Pak Ali."Kata Ahmad kepada adiknya.
   A. pada
   B. kepada
   C. serta
   D. dan


Latihan 7(Kata Adjektif )

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai .

1. Masakan ibu saya sungguh ___________.

2. Pokok kelapa yang ____________ itu sudah berbuah .


3. Adik tidak suka makan ubat kerana rasanya _______________ .


4. Rosnah suka memakai baju berwarna ________________ .


5.Jangan bergaul dengan budak-budak _______________ itu .


6. Badan Mazlin _______________ kerana menghidap penyakit leukimia .


7. Muka Rosni ________________ seperti bulan mengambang .


8. Abang menunggang motosikal dengan _______________ .


9. Jalan ke rumah Steven _____________ dan bengkang-bengkok .


10. Nenek Saodah tidak dapat makan kuih itu kerana terlalu ______________ . 



Latihan 8 (Imbuhan ke ...an)

Isilah tempat-tempat kosong di bawah ini dengan kata yang sesuai.

1.Tempat menteri bertugas disebut_______.

2.Dia meminati bidang______.


3.Lagu ______kita ialah "Negaraku".


4.Ismail murid yang jujur.______nya patut dijadikan contoh.


5.______nya pada waktu lapang ialah membaca.


6.Pihak polis memuji______pelajar itu.


7.kucing______saya dilanggar kereta semalam.


8.Bangunan KOMTAR menjadi ______penduduk.


9.Salah seorang sultan pada zaman______Melaka ialah Sultan Muzaffar Shah.


10.______orang-orang kampung itu tidak dapat kami lupakan.   


kebaikan  kebanggaan  kebangsaan   keberanian   kegemaran   kehakiman   kejujuran  kementerian   kesayangan   kesultanan

5 comments:

  1. Latihan sesuai untuk murid-murid.

    ReplyDelete
  2. Latihan yang padat ini dapat membawa manfaat kepada anak murid...

    ReplyDelete
  3. Semoga latihan-latihan ini dapat membantu anak murid kita untuk mengukuhkan lagi penggunaan tatabahasa mereka!

    ReplyDelete
  4. Bagus....latihan yang baik, amat sesuai untuk murid-murid.

    ReplyDelete